Tips menjadi blogger
1. Copy paste entry orang lain
Cara ini dijamin berkesan kerana tuan punya entry yang di copy paste itu pasti akan datang melawat blog milik korang. Lepas tu, dia jugak akan membuat satu entri berkaitan pasal korang dan entry yang di copy paste itu lalu ramai la blogger-blogger lain yang membaca entry blogger tersebut akan datang melawat blog korang. Kalau bukan dimaki hamun, paling-paling pun korang akan disuruh untuk bertaubat atau insaf atau kembali ke pangkal jalan dengan mendelete semua entry yang telah di copy paste itu. Lepas tu, semua orang akan mengenali korang sebagai 'blogger peniru'. Tulis saja nama korang, semua orang tau siapa korang dan apa yang korang pernah buat. Tidak percaya? Try la buat kalau berani.
2. Buat entri dengan tajuk yang panas
Yang ini pun agak berkesan jugak sekiranya dilakukan. Korang buat la satu entri lepas tu letakkan tajuk yang agak hot dan panas dalam kalangan masyarakat kita sekarang ini. Sebagai contoh, korang tulis satu entry bertajuk 'perempuan yang pakai shawls sangat huduh'. Lepas tu macam biasa sebarkan la entri korang tu ke semua ping site atau pun share dekat facebook supaya ramai orang akan nampak. Semakin ramai orang tengok entri korang tu, makin ramai la yang tidak puas hati dan akan ramai yang akan melawat blog korang untuk menyuarakan ketidakpuas hati mereka. Tidak cukup dengan tu, akan ada yang dengan rela hatinya menulis entry pasal korang secara free dan membuatkan trafik datang mencurah-curah ke blog korang.
Tips menjadi blogger
3. Beri komen yang bersifat menghentam
Setiap kali ada blogger yang membuat entry terbaru, korang lawat la blog dia kemudian komen dengan menggunakan nama korang sendiri. Jangan sesekali guna nama anonymous. Itu pengecut namanya. Korang maki la tuan punya blog walau pun dia langsung tiada sebab untuk dimaki. Sure dia akan jadi panas dan serang balik korang. Kalau dia buat tidak peduli pun, orang lain yang ternampak komen korang pulak akan menjadi curious dan ini akan membuatkan mereka ingin datang ke blog korang untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi. Oh ya, cara ni selalunya hanya berkesan ke atas blogger terkenal yang tidak memerlukan approval di ruangan komen mereka. Kalau tidak, sure komen korang akan kena tapis dan usaha korang jadi sia-sia.
4. Buat entry berunsur lucah
Yang ni jangan cakap la. Memang berkesan punya terutama bila blog korang ramai follower lelaki berbanding perempuan. Tapi kadang-kadang yang perempuan pun suka jugak tengok benda-benda lucah ni. Aku tau, sebab kawan perempuan aku banyak jugak yang sudah 'kotor' pikirannya. Bila korang buat camni, ramai orang akan cakap, "Blog dia tu lucah la. Jangan pegi sana." Tipu la kalau orang tidak akan datang langsung sebab setiap manusia kadang-kadang akan ada satu masa di mana perasaan ingin tahu tu menjadi sangat tinggi. Kalau tiada follower pun, trafik akan sentiasa datang sebab dalam negara kita ni, hampir setiap hari orang akan taip perkataan 'bogel', 'seks', 'rogol' dan sebagainya. Jadi jangan risau pengunjung tidak datang melawat korang.
Tips menjadi blogger
5. Menjadi pembangkang di dunia maya
Yang ni banyak sangat aku tengok dalam internet. Kerajaan naikkan harga minyak, mula la buat entry pasal segala minyak tidak kisah la minyak senyonyong ka, minyak gamat ka, minyak itu ini. Kalau boleh, pembangkang tu mesti dianggap sebagai tuhan dan kerajaan tu dianggap sebagai anjing. Bila korang buat macam tu, pasti akan ada yang merepot blog korang dan bila perhatian mula diberikan ke atas blog korang, mula la trafik datang tidak henti-henti. Contoh paling bagus aku rasa adalah blog si aduka taruna yang menghina institusi beraja di johor suatu masa dahulu. Terus blog dia jadi terkenal sampai polis pun berminat dekat dia. Korang try la buat cara tu nanti dan lepas tu tengok apa jadi.
Kalau korang pakai semua tips-tips yang ada di atas tu, aku jamin yang korang pasti akan menjadi seorang blogger yang terkenal. Cuma satu saja benda yang aku mau bagitau. Lepas buat semua tu, korang jugak akan menjadi blogger yang paling rendah sekali martabatnya yakni tiada maruah langsung. Sebab tu aku cakap cara tu cara murahan. Kesimpulannya, lebih baik tidak payah jadi seorang blogger kalau mau jadi terkenal tapi pakai cara yang murah-murah. Memalukan kaum blogger saja.
Tips menjadi blogger