Harun Salim Bachik |
26 Mei ini akan berlangsung pemilihan ahli jawatankuasa pada Mesyuarat Agung Seniman bagi penggal baru. Tetapi apa yang berlu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik awal-awal lagi sudah mengumumkan untuk tidak bertanding.
Dia merasakan dirinya tidak boleh memberi komitmen penuh terhadap persatuan kerana bebanan kerja dan mempunyai masalah kesihatan. Adakah kerana dia terasa hati dengan tindakan timbalan persatuan itu, Zed Zaidi yang sering bertindak tanpa pengetahunnya?
Sudah tentu tidak. Pengundurannya tiada kaitan dengan pelbagai isu yang timbul bersama timbalan persatuan Seniman itu.
Malah Harun merasakan Zed Zaidi adalah individu yang layak untuk menggantikan tempatnya berdasarkan potensi besar dan dilihat cukup bersemangat dalam memperjuangkan hak artis-artis tempatan.
Sebelum ini, Harun dipilih menerajui Seniman pada 18 Disember 2010 setelah menang tipis sebanyak 78 undian berbanding Datuk Mustapha Maarof yang mendapat 74 undian pada pemilihan yang berlangsung di Pawagam Mini P.Ramlee, Kompleks Finas, Hulu Klang.
Zed Zaidi |
Sumber : OhArtis.com
No comments:
Post a Comment