Pages

Friday, June 7, 2013

Petua Kesihatan Islam


Petua Kesihatan Islam

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan, mau pun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran. Mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. Ia memang terbukti keberkesanannya. Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

1. Mandi awal pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.

3. Semasa solat subuh, disunatkan bertafakur (iaitu sujud sekurang- kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migraine. Ini telah disahkan oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini juga diahkan oleh saintis yang mana dalam tubuh ayam mengandungi ion (+ manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yang terhasil. Ia boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan apabila habis makan hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah mengesahkan bahawa enzime banyak terkandung di celah jari- jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim adalah sejenis alat percerna makanan. Tanpanya makanan tidak hadam)

"Sabda Nabi, ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali ilmu kepadanya."

No comments:

Post a Comment

Pesanan

KEpada INsan2 yg Dalam kebOsanan ..

CErita INi adalah Sekadar Untuk hiBuran Semata Mata...Tiada KAitan antara YAng Hidup Ataupu Yang mati huhuhu....

Korang Lepas Baca cerita NI klik lah kat advertise kat atas tue...Leh aku cr Mkan skit...

Klu byK yang Klik Aku Akn update byk LAgi Cerita2 Sekadar Untuk Hiburan JEr Dan untuk Hilang KEbosanan...Dan Klu Xpuas Hati dengan Blog NIe..

anda blh lah komen sy dibwh nnt k...

Selamt membaca

Popular Posts

My Blog List